Saturday, February 9, 2013

KOR TANI MoA ~ Dalam Kenangan!!



Selamat datang kepada peserta Kor Tani MoA Zon Timur 2013!!

Langkah belia & beliawanis muda Kor Tani MoA yang penuh bersemangat...
Peserta mendaftar diri di meja urusetia setiap agensi yang terlibat...tahniah!!

Menjamu selera...sedap dan menyelerakan...itu antara komen dari peserta dan urusetia... terima kasih semua!!!
Syabas!!!...ini team urusetia yang kerja siang & malam sehingga dapat menguruskan perjalanan program Kor Tani MoA 2013 dengan jayanya...Tahniah & Syabas!!!
Ini antara team yang turut membantu menjayakan program Kor Tani MoA 2013.. Sila datang lagi ke Tanjung Demong Beach Resort...
Antara program yang didedahkan kepada para peserta di bantu oleh JPAM Negeri Kelantan.


Alhamdulillah!! Peserta Kor Tani MoA sedang menghadiri program Takzirah Maghrib di surau yang disediakan di Tanjung Demong Beach Resort.
Paluan rebana yang sungguh mengasyikkan. Dibawa khas sempena menyambut ketibaan tetamu sempena Pelancaran Program Kor Tani MoA  Wilayah Timur 2013..
Para peserta yang gagah perkasa semasa majlis pelancaran yang di adakan di Dewan Redang, Tanjung Demong Beach Resort...
Tahniah untuk semua...Majlis pelancaran Kor Tani MoA Wilayah Timur 2013... Moga berjaya dalam setiap bidang yang diceburi dan tercapai matlamat Kor Tani..Tahniah & Jumpa lagi!!!!

Friday, February 8, 2013

KOR TANI ZON TIMUR 2013

Tanjung Demong Beach Resort telah menerima tetamu sempena Pelancaran Kor Tani MoA Zon Timur 2013. Peserta terdiri daripada agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani seramai 500 orang. 

Program yang berlansung dari 3 - 5 Februari telah dirasmikan pelancarannya oleh YBhg. Dato' Hj. Zainal Bin Dahlan merangkap Pengerusi Kor Tani MoA yang mewakili YB. Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Kami mengucapkan syabas & tahniah kepada pihak Urusetia KADA di atas kerjasama dan komitmen kerja yang tinggi bagi menjayakan program tersebut di Tanjung Demong Beach Resort!! 

Terima kasih dan tahniah juga kepada urusetia dan peserta Pelancaran Kor Tani MoA Zon Timur 2013 ; Lembaga Pertubuhan Peladang, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian, Lembaga Industri Nenas dan Tekun Nasional.