Friday, February 8, 2013

KOR TANI ZON TIMUR 2013

Tanjung Demong Beach Resort telah menerima tetamu sempena Pelancaran Kor Tani MoA Zon Timur 2013. Peserta terdiri daripada agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani seramai 500 orang. 

Program yang berlansung dari 3 - 5 Februari telah dirasmikan pelancarannya oleh YBhg. Dato' Hj. Zainal Bin Dahlan merangkap Pengerusi Kor Tani MoA yang mewakili YB. Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Kami mengucapkan syabas & tahniah kepada pihak Urusetia KADA di atas kerjasama dan komitmen kerja yang tinggi bagi menjayakan program tersebut di Tanjung Demong Beach Resort!! 

Terima kasih dan tahniah juga kepada urusetia dan peserta Pelancaran Kor Tani MoA Zon Timur 2013 ; Lembaga Pertubuhan Peladang, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian, Lembaga Industri Nenas dan Tekun Nasional.

No comments:

Post a Comment